Nukilan Sahabat Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam 02/03

Standard

Abdullah bin Abi Aufa (meninggal dunia pada tahun 86 Hijrah) Beliau ialah Abdullah bin Abi Aufa al-Aslami yang digelar dengan nama Abu Muawiah adalah merupakan salah seorang daripada sahabat. Beliau telah menyertai perjanjian Hudaibiah dan peristiwa yang berlaku selepasnya. Beliau tinggal menetap di Madinah sepanjang hayat Rasulullah s.a.w dan berpindah ke Kufah selepas kewafatan baginda. Beliaulah sahabat yang terakhir berada di Kufah. 

 

Abdullah bin al-Mughaffal (meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah) Beliau ialah Abdullah bin Mughaffal al-Mazani yang merupakan salah seorang daripada sahabat yang telah memberi Bai’ah di bawah pokok pada hari Bai’ah ar-Ridhwan. Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang telah diutuskan oleh Umar bin al-Khattab untuk mengajar manusia di Basrah, lalu beliau telah berpindah ke sana dan meninggal dunia di
sana.
 

 

Abdullah bin Amr bin al-As (meninggal dunia pada tahun 65 Hijrah) Beliau telah memeluk Islam sebelum daripada ayahnya dan merupakan seorang sahabat yang kuat beribadat. Beliau menulis semenjak zaman Jahiliah dan dapat menguasai bahasa Suryani. Beliau telah banyak menyertai peperangan dan mampu menggunakan dua pedang. Telah dilantik sebentar oleh Muawiah sebagai pemerintah di Kufah. Telah berlaku perselisihan pendapat mengenai tempat kematiannya, dikatakan bahawa beliau meninggal dunia di Mesir. 

 

Abdullah bin Amru bin Haram (meninggal dunia pada tahun 3 Hijrah bersamaan 635 Masehi) Seorang sahabat yang dikira menyertai perjanjian Aqabah dan peperangan Badar. Beliau merupakan salah seorang daripada pimpinan dan telah gugur syahid dalam peperangan Uhud. Para Malaikat telah memayungi beliau dengan sayap-sayapnya pada hari kematian beliau . 

 

Abdullah bin az-Zubair (meninggal dunia pada tahun 73 Hijrah) Beliau merupakan anak kepada az-Zubair bin al-Awwam dan Asma’ binti Abu Bakar. Beliau telah menyertai banyak pembukaan Islam. Menyebelahi di pihak Aisyah pada peperangan al-Jamal , telah melakukan penentangan terhadap kerajaan Umayyah di tanah Hijaz dan telah mengishtiharkan dirinya sebagai khalifah selepas kematian Yazid bin Muawiah. Beliau telah menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahannya . Pemerintahannya mengambil masa sembilan tahun. Kemudian al-Hujjaj as-Thaqafi telah menyerang beliau semasa beliau berada di Mekah. 

 

Abdullah bin Huzafah as-Sahmi (meninggal dunia pada tahun 28 Hijrah) Adalah merupakan seorang sahabat daripada kalangan Quraisy yang terawal memeluk Islam . Beliau telah berhijrah ke Habsyah kemudian kembali ke Madinah. Telah menyertai pembukaan negeri Syam kemudian telah ditawan oleh tentera Rom semasa orang-orang Islam memerangi Qaisariah. Beliau meninggal dunia di Mesir semasa pemerintahan Othman. 

 

Sumber : al-islam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s