Nukilan Sahabat Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam 01/03

Standard

A’mir bin Fuhairah at-Tamimi Seorang sahabat daripada kalangan kaum Azdi yang merupakan salah seorang daripada mereka yang terawal memeluk Islam dengan sebaik-baiknya. Beliau telah disebut di dalam bab al-Maghazi (peperangan), gugur syahid pada peperangan Bi’ru Ma’unah. 

 

Abdul Rahman bin Abu Bakar (meninggal dunia pada tahun 53 Hijrah) Beliau ialah Abdul Rahman bin Abu Bakar Al-Siddiq bin Abu Qahafah daripada kalangan Quraisy kaum Tamim, merupakan adik beradik kepada Sayyidatina Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Beliau telah menyertai bersama-sama Nabi s.a.w dalam perjanjian Hudaibiah, beliau juga mengikuti peperangan Yamamah dan pembukaan negeri Syam bersama dengan Khalid bin al-Walid. 

 

Abdul Rahman bin Auf (meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masehi) Beliau ialah Abdul Rahman bin Auf bin al-Harith bin Zahrah. Merupakan seorang sahabat daripada Quraisy kaum Zahari, beliau adalah tergolong daripada mereka yang terawal memeluk Islam, beliau juga adalah salah seorang daripada sepuluh yang telah dijamin syurga dan termasuk dalam kalangan enam orang ahli majlis mesyuarat. Beliau telah menyertai peperangan Badar dan seluruh peperangan yang lain. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Baqie’. 

 

Abdul Rahman bin Azhar (meninggal dunia pada tahun 63 Hijrah) Beliau ialah anak saudara kepada Abdul Rahman bin A’uf, merupakan seorang sahabat yang digelar dengan nama Abu Jubair. Beliau telah menyertai peperangan Hunain. Banyak menghafal hadis Nabi s.a.w. Beliau tinggal di Madinah dan meninggal dunia di dalam peperangan al-Hurrah. 

 

Abdul Rahman bin Samrah (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah) Beliau ialah Abdul Rahman bin Samrah bin Habib bin Abdu Syams daripada kalangan Quraisy. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang digelar dengan nama Abu Said. Beliau telah memeluk Islam pada hari pembukaan kota Mekah, telah menyertai peperangan Mu’tah dan pembukaan negeri Sijistan, Kabul,
Sind dan Khurasan. Beliau meninggal dunia di Basrah.
 

 

Abdullah bin Ummu Maktum (meninggal dunia pada tahun 14 Hijrah) Beliau ialah Abdullah bin Amru bin Syuraih, adalah merupakan sahabat daripada kalangan Quraisy yang merupakan antara mereka yang mula-mula berhijrah. Beliau telah sampai ke Madinah sebelum ketibaan baginda Nabi s.a.w. Beliau telah gugur syahid di
medan Qadisiah dengan keadaan panji masih ada bersamanya.
 

 

Abdullah bin Abbas (meninggal dunia pada tahun 68 Hijrah)  

Merupakan seorang sahabat yang agung yang digelarkan sebagai tinta kepada umat. Beliau adalah ayah kepada para khalifah kerajaan Abbasiah dan kepadanya dinisbahkan nama tersebut. Beliau telah dilahirkan di Mekah dan dibesarkan semasa permulaan kebangkitan . Beliau sentiasa melazimi Nabi s.a.w dan telah banyak meriwayatkan hadis-hadis yang sahih. Telah menyertai sama dalam peperangan Jamal dan Siffin bersama dengan Ali bin Abu Talib. Beliau adalah terkenal alim tentang keturunan Arab, peperangan dan peristiwa. Beliau telah hilang penglihatan pada akhir umurnya dan menetap di Taif. Beliau telah meninggal dunia di
sana.
sumber : al-islam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s