Nukilan Sahabat Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam 03/03

Standard

Abdullah bin Jaafar (meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah) Beliau ialah Abdullah bin Jaafar bin Abu Talib daripada kalangan Quraisy bani Hashim. Merupakan seorang sahabat yang digelar dengan nama Abu Jaafar. Beliau adalah orang yang pertama dilahirkan di dalam Islam di Habsyah. Telah menuju ke Madinah bersama dengan ayahnya. Beliau telah menghafal dan meriwayatkan banyak hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meninggal dunia di Madinah. 

 

Abdullah bin Jahsyin (meninggal dunia pada tahun 3 Hijrah bersamaan 625 Masehi) Beliau ialah Abdullah bin Riab bin Ya’mur, merupakan seorang sahabat daripada Bani Asad, beliau adalah saudara kepada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsyin dan merupakan ipar kepada baginda Rasulullah s.a.w. Beliau telah gugur syahid dalam peperangan Uhud. 

 

Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil (meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah) Adalah merupakan seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang dijamin syurga juga merupakan penulis wahyu. Beliau adalah orang yang paling alim tentang kitab Allah dan pada bacaannya. Masyhur dengan penafsiran al-Quran dan mengetahui sebab-sebab turunnya. Beliau telah mengikuti seluruh peperangan bersama dengan Rasulullah s.a.w. Di samping penguasaannya dalam bidang fekah dan hadis, beliau juga adalah seorang penyair yang bagus. Selepas kewafatan baginda Nabi s.a.w, beliau telah dilantik untuk menjaga Baitulmal di Kufah. Kemudian beliau kembali ke Madinah semasa pemerintahan Othman dan meninggal dunia di
sana.
 

 

Abdullah bin Rawahah (meninggal dunia pada tahun 8 Hijrah bersamaan 629 Masehi) Seorang sahabat daripada kalangan Ansar kaum Khazraj yang merupakan salah seorang yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan antara salah seorang daripada pimpinan pada malam Aqabah. Telah menyertai peperangan Badar dan peperangan yang selepasnya. Beliau telah gugur syahid dalam peperanga Mu’tah. 

 

Abdullah bin Salam (meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah bersamaan 663 Masehi) Adalah merupakan seorang sahabat yang asalnya beragama Yahudi, beliau telah memeluk Islam semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Beliau telah menyertai sama dalam pembukaan Baitulmaqdis bersama Umar bin al-Khattab. Meninggal dunia di Madinah. 

 

Abdullah bin Umar bin al-Khattab (meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah) Seorang sahabat daripada kalangan keluarga Quraisy yang paling mulia. Beliau telah memeluk Islam bersama-sama dengan bapanya semasa masih kanak-kanak (belum baligh). Berhijrah ke Madinah bersama bapanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada pimpinan kaum muslimin dan pakar dalam mengeluarkan fatwa. Beliau telah menyertai pembukaan kota Mekah, peperangan Yarmuk dan pembukaan Mesir. Meninggal dunia di Mekah. 

 

Abdullah bin Zaid (meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah) Beliau ialah Abdullah bin Zaid bin Tha’labah daripada kalangan Ansar kaum Khazraj yang digelar dengan nama Abu Muhammad. Beliau adalah seorang sahabat yang menetap di Madinah. Beliaulah orang yang telah bermimpi mendengar azan. 

 

Sumber : al-islam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s